logo

FX.co ★ Pelan Dagangan Sesi Eropah EUR/USD untuk 20 Februari, 2019. Euro memerlukan data ekonomi yang positif untuk meneruskan aliran menaik.

Pelan Dagangan Sesi Eropah EUR/USD untuk 20 Februari, 2019. Euro memerlukan data ekonomi yang positif untuk meneruskan aliran menaik.

Untuk mengambil pesanan membeli pasangan mata wang EUR/USD, anda perlu:

Data sentimen pengguna semalam tidak banyak membantu mata wang euro, walau bagaimanapun, momentum menaik tetap dapat dilihat. Hari ini, penembusan dan pengukuhan harga di atas tahap rintangan 1.1355 diperlukan pada separuh pertama hari ini, yang akan mendorong pasangan mata wang ini untuk membuat pembetulan menaik yang lebih besar ke kawasan maksimum 1.1394 dan 1.1432, di mana saya mencadangkan kepada para pedagang untuk menetapkan pesanan Take Profit. Sekiranya pasangan mata wang EUR/USD ini diniagakan dalam aliran menurun, adalah disyorkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan membeli dengan syarat bahawa penembusan harga palsu telah dibentuk pada tahap sokongan 1.1319, di mana Moving Average (MA) tertumpu. Juga, kita boleh mencuba mengambil pesanan membeli sewaktu lantunan semula harga dari tahap minimum 1.1279, di mana had lebih rendah pada saluran menaik dilihat.

Untuk mengambil pesanan menjual pasangan mata wang EUR/USD, anda perlu:

Penjual euro akan bergantung kepada pembentukan penembusan harga palsu pada tahap rintangan 1.1355, yang akan membawa kepada pembetulan menurun ke tahap sokongan 1.1319, di mana saya mencadangkan kepada para pedagang untuk menetapkan pesanan Take Profit. Sekiranya harga mengukuh di bawah tahap ini, tekanan menaik pada pasangan mata wang EUR/USD berkemungkinan akan meningkat dengan ketara, yang akan mengembalikan pasangan mata wang ke rantau sempadan lebih rendah pada saluran menaik dan akan membawa kepada penembusan harga tahap minimum 1.1279. Sekiranya pembetulan menaik dan penembusan harga pada tahap 1.1355 berlaku, para pedagang boleh mengambil pesanan menjual sewaktu lantunan harga dari tahap maksimum 11394.

Sila lihat dalam video ulasan.

Isyarat indikator:

Moving Average (MA)

Pasangan mata wang kini berdagang di atas Moving Average (MA) 30 dan 50 hari, yang menunjukkan pembentukan pembetulan pasaran menaik.

Bollinger band

Sekiranya harga diniagakan menaik, had lebih tinggi pada indikator Bollinger Bands sekitar tahap 1.1369 akan mengehadkan potensi peningkatan euro. Jika euro turun, sokongan akan diberikan oleh had lebih rendah indikato pada tahap 1.1305.

Pelan Dagangan Sesi Eropah EUR/USD untuk 20 Februari, 2019. Euro memerlukan data ekonomi yang positif untuk meneruskan aliran menaik.

Huraian Indikator

MA (moving average) 50 days - Kuning

MA (moving average) 30 days - Hijau

MACD: fast EMA 12, slow EMA 26, SMA 9

Bollinger Bands 20

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan