logo

FX.co ★ Pasangan mata wang USD/CHF: Isyarat pengakhiran pembetulan harga!

Pasangan mata wang USD/CHF: Isyarat pengakhiran pembetulan harga!

Pasangan mata wang USD/JPY menembusi sokongan yang kuat dan sekarang ia boleh melonjak lebih tinggi dalam jangka pendek. Lantunan USDX ketika ini berkemungkinan akan memaksa pasangan mata wang untuk meningkat setelah fasa pembetulan terakhir. Kami masih memerlukan pengesahan kerana pasangan mata wang ini bergerak mendatar dalam jangka pendek.

Mesyuarat dan sidang media FOMC boleh menggegarkan pasaran pada hari ini. Keputusan Rizab Persekutuan yang 'dovish' harus menarik minat penjual lagi. Namun, Rizab Persekutuan dijangka akan bersuara neutral, sehingga pasangan USD/CHF dapat meneruskan pertumbuhannya setelah data yang baik dilaporkan dari AS pada akhir-akhir ini.


Pembalikan Menaik Pasangan Mata Wang USD/CHF!

Pasangan mata wang USD/CHF: Isyarat pengakhiran pembetulan harga!

Pasangan mata wang USD/CHF gagal stabil di bawah Lower Median Line (LML) pada pitchfork menurun yang menandakan bahawa harga cenderung untuk memulakan kenaikan harga yang lebih tinggi. Kini pasangan mata wang ini diniagakan di atas pangsi mingguan (0.9159) menekan tahap Penarikan Semula 50%.

Penembusan harga yang sah di atas R1 mingguan (0.9190) berpotensi untuk menawarkan peluang kemasukan pesanan membeli yang baik dengan sasaran kenaikan harga yang berpotensi pada Median Line (ML) pada pitchfork menurun.

Tips Dagangan!

Adalah disyorkan kepada para pedagang untuk membuka pesanan membeli pasangan mata wang USD/CHF jika harga melonjak dan stabil di atas R1 (0.9190). Sasaran kenaikan harga langsung dilihat pada Median Line (ML) pitchfork menurun, sekitar R3 (0.9279).

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan