FX.co ★ Analisis Teknikal Pasangan Mata Wang GBP/USD untuk 23 April, 2021
2021-04-23T08:44:35Relevan sehingga2021-04-24
Analisis Teknikal Pasangan Mata Wang GBP/USD untuk 23 April, 2021
Gambaran Keseluruhan :
- Pasangan mata wang GBP/USD telah menghadapi rintangan yang kuat pada tahap 1.3944 kerana sokongan telah bertukar menjadi rintangan pada 23 April 2021.
- Rintangan kuat telah terbentuk pada tahap 1.3944 dan pasangan mata wang ini cenderung untuk menembusinya untuk menguji sekali lagi.
- Namun, jika pasangan mata wang ini gagal menembusi tahap 1.3944 atau/dan 1.4008, pasaran akan menunjukkan peluang penurunan harga di bawah tahap rintangan kuat baru 1.3944 (tahap 1.3944 adalah bertepatan dengan nisbah Fibonacci 78%).
- Sementara itu, RSI mula menunjukan arah aliran menurun, kerana trend itu masih menunjukkan kekuatan di atas Moving Average (MA)(100) dan (50).
- Oleh itu, pasaran menunjukkan peluang menurun di bawah tahap 1.4008, oleh yang demikian, adalah lebih baik untuk membuka pesanan menjual pada tahap 1.3944 dengan sasaran pertama ditetapkan pada tahap 1.3827.
- Ia juga memerlukan aliran menurun untuk terus menuju ke tahap 1.3784. Sokongan harian yang kuat dilihat pada tahap 1.3715.
- Walau bagaimanapun, pesanan stop loss perlu selalu diambil kira, kerana itu adalah wajar untuk menetapkan pesanan stop loss anda pada tahap 1.4060.
Gambaran luaran :
- Sekiranya trend berhasil menembusi rintangan pertama yang terletak pada tahap 1.4008, kita harus menjangkakan kenaikan harga ke 'Double Top' (1.4008) untuk mengujinya.
- Oleh itu, membuka pesanan membeli disyorkan di atas tahap 1.4060 dengan sasaran pertama pada tahap 1.4103 untuk menguji rintangan harian 2 dan seterusnya ke tahap 1.4175.
- Juga, dapat diperhatikan bahawa tahap 1.4175 adalah lokasi terbaik untuk menetapkan keuntungan kerana ia akan membentuk 'Double Top' baru. Sebaliknya, sekiranya berlaku pembalikan harga dan pasangan mata wang GBP/USD berjaya menembusi tahap sokongan 1.3827, penurunan selanjutnya ke tahap 1.3715 berkemungkinan besar akan berlaku sekaligus menunjukkan pasaran penurunan harga.
*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Dilakukan oleh
Mourad El Keddani