logo

FX.co ★ Analisis Teknikal Pasangan Mata Wang GBP/USD untuk 13 April, 2021

Analisis Teknikal Pasangan Mata Wang GBP/USD untuk 13 April, 2021

Gambaran Teknikal Pasaran:

Lonjakan pasangan mata wang GBP/USD telah terperangkap pada tahap Penarikan Semula Fibonacci 38% yang terletak pada tahap 1.3763. Pasaran diterbalikan ketika corak Bearish Engulfing dibentuk. Keadaan pasaran masih terlebih jualan (oversold), oleh yang demikian, sekiranya tahap 1.3763 ini berjaya ditembusi, maka kenaikan harga mungkin melonjak ke arah Penarikan Semula Fibonacci 50% gelombang penurunan akhir yang berada pada tahap 1.3792. Harap maklum, momentumnya masih lemah dan negatif, oleh itu aliran penurunan harga masih mendominasi pasaran dan semua lantunan harga setakat ini bersifat pembetulan arah aliran kaunter.

Titik Pangsi Mingguan:

WR3 - 1.4080

WR2 - 1.4000

WR1 - 1.3827

Pangsi Mingguan - 1.3750

WS1 - 1.3579

WS2 - 1.3494

WS3 - 1.3340

Cadangan Perdagangan:

Pasangan mata wang GBP/USD meneruskan dagangan dalam trend menaik dan kenaikan harga kembali di dalam saluran menaik utama. Tahap puncak baru-baru ini dibentuk pada tahap 1.4224 dan ini adalah tahap tinggi yang lebih tinggi dalam tempoh dua tahun. Semua pembetulan tempatan harus digunakan untuk membuka pesanan membeli selagi tahap 1.2674 tidak ditembusi. Sasaran jangka panjang untuk kenaikan harga dilihat pada tahap 1.4370.

Analisis Teknikal Pasangan Mata Wang GBP/USD untuk 13 April, 2021

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan