logo

FX.co ★ Analisis teknikal pasangan GBP/USD untuk 3 Mac 2021

Analisis teknikal pasangan GBP/USD untuk 3 Mac 2021

Analisis teknikal pasangan GBP/USD untuk 3 Mac 2021

Gambaran keseluruhan:

Pasangan mata wang GBP/USD berterusan di pasaran kenaikkan harga dari tahap sokongan 1.3945 dan 1.3911.

Juga, perlu diperhatikan bahawa harga semasa berada di saluran kenaikan harga. Turut sama penting, RSI masih memberi isyarat bahawa trend adalah menaik ekoran daripada ia masih kuat di atas moving average (100) sejak semalam.

Sokongan segera dilihat pada tahap 1.3945 yang bertepatan dengan nisbah emas (golden ratio) (Fibonacci 61.8%).

Akibatnya, sokongan pertama ditetapkan pada tahap 1.3945. Oleh itu, pasaran cenderung menunjukkan tanda-tanda trend menaik di sekitar tahap 1.3945/1.3911.

Perlu juga diperhatikan bahawa harga pada 1.3945 mungkin akan membentuk sokongan yang kuat. Oleh itu, penetapan sekitar 1.3945 untuk lantunan semula pasangan ini mungkin berlaku.

Selanjutnya, ada kemungkinan bahawa pasaran akan mulai menunjukkan tanda-tanda pasaran menaik. Oleh itu, ia akan menjadi petanda baik untuk membeli di atas 1.3945 dengan sasaran pertama 1.4024 dan terus menuju 1.4043 dan 1.4100.

Ini ditunjukkan kepada kami kerana harga semasa berada dalam saluran kenaikan harga. Menurut peristiwa sebelumnya, kami menjangkakan bahawa pasangan mata wang GBP/USD akan bergerak antara 1.3945 dan 1.4100 dalam tempoh beberapa hari yang akan datang.

Terdapat kemungkinan pasangan itu akan bergerak menaik meneruskan perkembangan trend kenaikan harga ke tahap 1.4100 untuk menguji rintangan 3 harian.

Sebaliknya, stop loss harus selalu diambil kira, oleh itu, ia mesti menetapkan stop loss di bawah sokongan kedua 1.3903.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan