logo

FX.co ★ Analisis Teknikal Pasangan Mata Wang EUR/USD untuk 23 Februari 2021

Analisis Teknikal Pasangan Mata Wang EUR/USD untuk 23 Februari 2021

Analisis Teknikal Pasangan Mata Wang EUR/USD untuk 23 Februari 2021

Gambaran keseluruhan:

Pasangan mata wang EUR/USD meneruskan pergerakan menaik dari tahap 1.2137.

Hari ini, sokongan pertama dilihat pada tahap 1.2137, harga bergerak dalam saluran kenaikan harga sekarang. Tambahan pula, harga telah ditetapkan di atas sokongan kuat pada tahap 1.2137, yang bertepatan dengan Penarikan Semula Fibonacci 78%.

Sokongan ini telah ditolak sebanyak tiga kali sekaligus mengesahkan prospek kenaikkan harga.

Menurut peristiwa sebelumnya, kami menjangkakan bahawa pasangan mata wang EUR/USD ini akan diniagakan di antara tahap 1.2137 dan 1.2200.

Oleh yang demikian, sokongan terletak pada tahap 1.2169, sementara rintangan harian berada pada tahap 1.2200. Oleh itu, pasaran cenderung menunjukkan tanda-tanda trend kenaikan harga di sekitar tahap 1.2200.

Dengan erti kata lain, pesanan membeli disyorkan di atas tahap 1.2200 dengan sasaran pertama pada tahap 1.2250; dan seterusnya menuju ke tahap 1.2300.

Namun, sekiranya pasangan mata wang EUR/USD ini gagal untuk menembusi tahap rintangan 1.2200 pada hari ini, pasaran akan menjunam jauh lebih rendah ke tahap 1.2023.

Perlu diingatkan bahawa turun naik pasaran adalah sangat tinggi sebagaimana pasangan mata wang EUR/USD ini masih bergerak di antara tahap 1.2023 dan 1.2300 dalam beberapa jam yang akan datang.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan