Gambaran Teknikal Pasaran:
Tidak banyak perubahan yang diperhatikan pada pasangan mata wang GBP/USD selepas hujung minggu kerana turun naik kini terhad. Pasangan mata wang ini terus berdagang di dalam zon sempit yang terletak di antara tahap 1.3624 - 1.3757. Tekanan menurun telah meningkat dan sasaran seterusnya bagi mereka adalah sokongan teknikal urusniaga harian yang berada pada tahap 1.3624. Sila perhatikan bahawa tahap rendah yang lebih rendah semasa terletak pada tahap 1.3609. Pasaran keluar dari keadaan 'overbought' dan momentumnya lemah dan negatif, mensasarkan ke arah bawah. Sokongan teknikal utama dilihat pada tahap 1.3428.
Titik Pangsi Mingguan:
WR3 - 1.4011
WR2 - 1.3877
WR1 - 1.3788
Pangsi Mingguan - 1.3646
WS1 - 1.3564
WS2 - 1.3416
WS3 - 1.3342
Cadangan Perdagangan:
Pasangan mata wang GBP/USD terus berdagang dalam trend menaik dan pencetus kepada trend ini adalah penembusan harga di atas tahap atau 1.3518 pada carta mingguan. Paras puncak baru-baru ini dibuat pada tahap 1.3744 dan ini adalah penutupan yang lebih tinggi dalam tempoh dua tahun. Semua pembetulan tempatan harus digunakan untuk membuka pesanan membeli selagi tahap 1.2674 tidak ditembusi. Sasaran jangka panjang untuk aliran menaik dilihat pada tahap 1.4370.