logo

FX.co ★ Analisis Teknikal Pasangan Mata Wang EUR/USD untuk 27 Januari, 2021

Analisis Teknikal Pasangan Mata Wang EUR/USD untuk 27 Januari, 2021

Gambaran Teknikal Pasaran:

Pasangan mata wang EUR/USD telah mengukuh sekitar zon bekalan untuk beberapa waktu sekarang, tetapi kenaikan harga terus ditolak dari tahap 1.2178, sehingga aliran menurun mendominasi pasaran. Pasangan mata wang EUR/USD ini telah menembusi di bawah sokongan teknikal yang dilihat pada tahap 1.2154 dan menuju ke sasaran seterusnya yang terletak pada tahap 1.2088. Indikator momentum sudah berada di bawah tahap neutral dan pasaran akan keluar dari keadaan 'overbought', oleh yang demikian, penurunan harga yang selanjutnya cenderung untuk berlaku Sokongan teknikal utama terletak pada tahap 1.2053.

Titik Pangsi Mingguan:

WR3 - 1.2372

WR2 - 1.2272

WR1 - 1.2235

Pangsi Mingguan - 1.2140

WS1 - 1.2099

WS2 - 1.2009

WS3 - 1.1957

Cadangan Perdagangan:

Sejak pertengahan Mac 2020 arah aliran utama pada pasangan mata wang EUR/USD adalah menaik. Ini bermaksud bahawa pembetulan tempatan harus digunakan untuk membuka pesanan membeli sehingga sokongan teknikal utama yang dilihat pada tahap 1.1609 ditembusi. Rintangan teknikal jangka panjang utama dilihat pada tahap 1.2555. Mana-mana penembusan harga pada tahap 1.2154 akan menyokong senario perubahan arah aliran/struktur pembetulan harga.

Analisis Teknikal Pasangan Mata Wang EUR/USD untuk 27 Januari, 2021

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan