logo

FX.co ★ Pembalikan Menaik Segera Pasangan Mata Wang USD/JPY

Pembalikan Menaik Segera Pasangan Mata Wang USD/JPY

Pasangan mata wang USD/JPY meneruskan dagangan menaik, meskipun laporan Kadar Upah Bukan Perladangan Amerika Syarikat (AS) dan Perubahan Pekerjaan Bukan Perladangan ADP mencatatkan bacaan yang mengecewakan pada minggu lalu dengan turun di wilayah negatif.

Secara teknikalnya, pasangan mata wang ini telah pulih kerana USDX dan JP225 melonjak lebih tinggi dalam dagangan jangka pendek. Kenaikan yang kuat yang dicatatkan oleh Indeks Dolar AS akan mendorong pasangan mata wang USD/JPY ke tahap tinggi baru dalam tempoh yang akan datang.

Penembusan pasangan mata wang USD/JPY pada Falling Wedge Perlu Disahkan!

Pembalikan Menaik Segera Pasangan Mata Wang USD/JPY

Pasangan mata wang USD/JPY menghampiri garis rintangan Falling Wedge, penembusan harga yang sah di atas garis aliran menurun akan menambahkan peluang pembelian yang kuat. Namun, anda harus berhati-hati kerana mana-mana penembusan harga yang palus dengan pemisahan yang besar atau penurunan harga yang besar dapat menurunkan lagi kadar mata wang ini.

Harga diniagakan tepat di bawah rintangan statik 104.18 (sokongan telah berubah menjadi rintangan). Melonjak dan mengukuh di atas tahap ini dan di atas garis aliran menurun mewakili isyarat pembalikan kenaikan harga.

Ramalan!

Adalah disyorkan kepada para pedagang untuk membuka pesanan beli yang sah di atas garis aliran menurun dan melalui tahap 104.18 dan gunakan tahap 106.00 sebagai sasaran kenaikan harga yang berpotensi.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan