logo

FX.co ★ Analisis Teknikal Pasangan Mata Wang GBP/USD untuk 31 Disember, 2020

Analisis Teknikal Pasangan Mata Wang GBP/USD untuk 31 Disember, 2020

Gambaran Teknikal Pasaran:

Pasangan mata wang GBP/USD akhirnya keluar dari zon penyatuan dan membuat marginal tinggi baru yang terletak pada tahap 1.3648. Tahap rendah tempatan semasa penarikan semula harga baru-baru ini dibuat pada tahap 1.3428 dan ia kini akan bertindak sebagai sokongan teknikal jangka pendek utama. Walaupun begitu, tekanan kenaikan harga jelas, dan jika ayunan tinggi ditembusi, maka sasaran berikutnya dapat dilihat pada tahap 1.3667 dan 1.3708. Adalah diingatkan bahawa pasaran akan keluar dari keadaan terlebih belian (overbought), oleh yang demikian, dagangan jarak mendatar mungkin masih berlangsung. Momentum kekal kuat dan positif, yang menyokong prospek kenaikan harga jangka pendek.

Titik Pangsi Mingguan:

WR3 - 1.4170

WR2 - 1.3890

WR1 - 1.3745

Pangsi Mingguan - 1.3458

WS1 - 1.3319

WS2 - 1.3039

WS3 - 1.2880

Cadangan Perdagangan:

Pasangan mata wang GBP/USD ini berkemungkin telah memulakan arah aliran menaik jangka panjang dan pencetus aliran ini adalah penembusan harga di atas tahap atau pada tahap 1.3518 dalam carta mingguan. Semua pembetulan tempatan harus digunakan untuk membuka pesanan membeli selagi tahap 1.2674 tidak ditembusi. Sasaran jangka panjang untuk aliran menaik dilihat pada tahap 1.4370.

Analisis Teknikal Pasangan Mata Wang GBP/USD untuk 31 Disember, 2020

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan