logo

FX.co ★ Analisis harga EMAS untuk 29 Disember, 2020

Analisis harga EMAS untuk 29 Disember, 2020

Analisis harga EMAS untuk 29 Disember, 2020

Emas berusaha untuk mengukuhkan keuntungan urusniaga harian dan menghadapi penolakan berhampiran paras $1,900. Kecenderungan penjualan Dolar AS memberikan peningkatan kepada komoditi dalam Dolar AS.

Kencederungan penjualan Dolar AS meningkat pada hari pertama minggu perdagangan baru setelah Presiden AS Donald Trump menandatangani bantuan COVID-19 bernilai $ 2.3 trilion dan pendanaan kerajaan. Ini dilihat sebagai salah satu faktor utama yang memberikan kenaikan sederhana terhadap komoditi dalam Dolar AS dan mendorong harga spot ke paras tertinggi dalam empat hari.

Walau bagaimanapun, emas tidak mempunyai tindakan lanjut hampir dengan paras $1,900. Walaupun harga bergerak dua arah, logam kuning kekal baik dalam julat perdagangan yang lebih luas minggu lalu. Paras $1,900 adalah bertepatan dengan batas atas saluran menurun yang berfungsi sebagai rintangan segera. Penerimaan di atas tahap ini dapat membuka pintu ke penghalang seterusnya yang berada pada $1,930.

Di sisi lain, pembentukkan doji baru-baru ini menunjukkan ketidaktentuan. Fakta bahawa corak ini muncul setelah kekuatan beberapa minggu menunjukkan bahawa mungkin ada perubahan arah harga. Sekiranya harga bertahan sekitar tahap yang ditentukan, ia kemudian boleh mengukuh pada paras $ 1,900 hingga $ 1,860 sebelum arah penembusan harga yang jelas dilihat. Sentimen pasaran tetap bercampur-campur menyebabkan pergerakan harga yang agak mendatar pada masa ini.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan