logo

FX.co ★ Pertumbuhan pasangan mata wang AUD/USD sangat kuat ekoran kelemahan USDX

Pertumbuhan pasangan mata wang AUD/USD sangat kuat ekoran kelemahan USDX

Pasangan mata wang AUD/USD diniagakan pada tahap 0.7569 sewaktu penulisan ini dibuat dan nampaknya cukup kuat untuk mencapai tahap tinggi baru. Dolar AS terus menyusut berbanding semua pesaingnya yang lain ketika Index Dolar AS kembali 'sell-off'.

Dolar AS turun walaupun data inflasi AS mencatatkan bacaan yang lebih baik berbanding ramalan. CPI dan Teras CPI meningkat 0.2%, menewaskan pertumbuhan 0.1% pada ramalan. Minggu semasa boleh menjadi penting bagi Dolar AS kerana Rizab Persekutuan akan mengeluarkan laporan Kadar Dana Persekutuan.

Kenyataan FOMC dan Persidangan Akhbar FOMC cenderung untuk memberikan kejutan kerana para pedagang dan pelabur mengharapkan langkah-langkah rangsangan baru.

Pasangan Mata Wang AUD/USD Mensasarkan Ke Tahap Tinggi Baru!

Pertumbuhan pasangan mata wang AUD/USD sangat kuat ekoran kelemahan USDX

Pasangan mata wang AUD/USD meneruskan pergerakan menaik seperti yang diharapkan setelah memperlihatkan penurunan sementara. Secara teknikalnya, momentum kenaikkan harga adalah wajar setelah pasangan mata wang ini membuat penembusan harga yang sah dari saluran menaik kecil.

Penembusan agresif melalui Titik Pangsi (0.7491) menandakan pertumbuhan yang lebih tinggi sekurang-kurangnya ke tahap R1 (0.7610). Garis amaran pertama (wl1) juga dapat digunakan sebagai sasaran aliran menaik. Penembusan harga yang sah melalui rintangan segera ini akan memberi kita isyarat untuk kenaikan harga yang lain.

  • Kesimpulan Perdagangan Pasangan Mata Wang AUD/USD

Prospek kenaikkan harga kekal tidak berubah selagi pasangan mata wang ini kekal berdagang di atas Upper Median Line (UML). Penembusan dan penstabilkan harga di atas garis amaran (wl1) dan di atasR1 (0.7610) akan menandakan bahawa pasangan mata wang AUD/USD harus terus meningkat ke arah tahap 0.77.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan