logo

FX.co ★ Analisis teknikal pasangan mata wang EUR/USD untuk 07 Disember 2020

Analisis teknikal pasangan mata wang EUR/USD untuk 07 Disember 2020

Analisis teknikal pasangan mata wang EUR/USD untuk 07 Disember 2020

Gambaran keseluruhan:
  • Pasangan mata wang : EUR/USD
  • Pangsi: 1.2080.

Pergerakan harga yang lebih tinggi cenderung untuk mendorong pasangan mata wang EUR/USD ini ke 'Double top' yang terletak pada tahap 1.2175, titik yang mencabar sepanjang minggu lalu. Rintangan yang lebih tinggi seterusnya ditemui di sekitar penghalang 1.2175, yang ditembusi dari tahap puncak pada 3 September 2020.

Pasangan mata wang EUR/USD ini diniagakan di atas titik pangsi. Ia cenderung untuk diniagakan dalam julat yang lebih tinggi selagi ia berada di atas titik pangsi (1.2080).

RSI bertahan di atas paras 40, sementara Moving Average (MA) terus mengukuh di wilayah kenaikkan harga di atas garis pencetusnya.

Pasangan mata wang EUR/USD menghadapi rintangan pada tahap 1.2175, sementara rintangan kecil dilihat berada pada tahap 1.2120. Sementara itu, sokongan masing-masing terletak pada tahap 1.2021 dan 1.1985.

Juga, harus diperhatikan bahawa titik pangsi harian telah ditetapkan pada tahap 1.2080. Sama pentingnya, pasangan mata wang EUR/USD dilihat masih bergerak di sekitar tahap utama pada 1.2080, yang mewakili pangsi harian dalam carta 1 Jam pada masa ini.

Pasangan mata wang EUR/USD cenderung untuk meneruskan kenaikkan harga dari tahap 1.2080

Kami menjangkakan bahawa pasangan mata wang ini akan melonjak naik dari tahap 1.2080 menuju ke tahap puncak sekitar 1.2175.

Tahap 1.2021 dijangka bertindak sebagai sokongan utama pada hari ini. Dari sudut ini, kami menjangkakan bahawa pasangan mata wang EUR/USD akan terus bergerak dalam arah aliran menaik dari tahap sokongan 1.2021 menuju ke tahap sasaran 1.2175.

Sekiranya pasangan mata wang EUR/USD ini berjaya melepasi tahap 1.2175, pasaran akan menunjukkan peluang kenaikan harga di atas tahap 1.2175 untuk mencapai sasaran kedua yang terletak pada tahap 1.2220.

Berdasarkan kepada peristiwa sebelumnya, harga masih bergerak di antara tahap 1.2080 dan 1.2220. Secara keseluruhan, kami masih memilih senario kenaikan harga selagi harga berada di atas tahap 1.2220.

Selain itu, pada carta masa yang lebih besar, trend masih menaik selagi tahap 1.2080 tidak ditembusi.

Sebaliknya, sekiranya berlaku pembalikan dan pasangan mata wang EUR/USD berjaya menembusi tahap sokongan 1.2021, penurunan selanjutnya ke tahap 1.1924 mungkin berlaku sekaligus akan menunjukkan pasaran menurun.

Ramalan

Sekiranya pasangan mata wang EUR/USD ini gagal melepasi tahap 1.2080 (sokongan, titik pangsi, Fibonacci 61.8%), pasaran akan menunjukkan peluang kenaikan harga di atas tahap sokongan yang kuat pada 1.2080.

Sehubungan itu, pesanan membeli disarankan dibuka pada tahap lebih tinggi daripada 1.2080 dengan sasaran pertama pada tahap 1.2175. Terdapat kemungkinan bahawa pasangan mata wang ini akan meningkat dan meneruskan perkembangan trend kenaikan harga ke tahap 1.2220. Rintangan ketiga ditetapkan pada tahap 1.2262.

Walau bagaimanapun, pesanan stop loss selalu dipertimbangkan, oleh yang demikian adalah lebih menguntungkan untuk menetapkannya di bawah gelombang penurunan terakhir pada tahap 1.2021 (dinyatakan bahawa sokongan utama hari ini telah ditetapkan pada tahap 1.1985).

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan