logo

FX.co ★ Analisis Teknikal Pasangan Mata Wang GBP/USD untuk 23 September, 2020

Analisis Teknikal Pasangan Mata Wang GBP/USD untuk 23 September, 2020

Gambaran Teknikal Pasaran:

Selepas pasangan mata wang GBP/USD ini menembusi keluar dari zon penyatuan sempit yang dilihat antara tahap 1.2869 - 1.2979, penurunan harga telah mencecah 38% Anjakan Semula Fibonacci yang terletak pada tahap 1.2697 pada carta Harian. Rintangan teknikal langsung masih dilihat pada tahap 1.2749 dan ia harus menghentikan sementara percubaan kenaikan harga. Sokongan teknikal urusniaga harian dilihat pada tahap 1.2686 dan 1.2668. Momentum lemah dan negatif, yang menyokong prospek penurunan jangka pendek walaupun keadaan pasaran terlebih jualan (oversold).

Titik Pangsi Mingguan:

WR3 - 1.3253

WR2 - 1.3131

WR1 - 1.3027

Pangsi Mingguan - 1.2896

WS1 - 1.2795

WS2 -1.2660

WS3 - 1.2557

Cadangan Perdagangan:

Pasangan mata wang GBP/USD, trend utama beberapa tahun adalah menurun, yang dapat disahkan oleh graf lilin penurunan pada carta bulanan. Rintangan teknikal jangka panjang utama masih dapat dilihat pada tahap 1.3518. Hanya jika salah satu tahap ini ditembusi dengan jelas, trend utama mungkin akan diterbalikkan (1.3518 adalah tahap pembalikan) atau dipercepatkan ke arah sokongan teknikal jangka panjang utama yang dilihat terletak pada tahap 1.1903 (1.2589 merupakan sokongan teknikal utama untuk senario ini).

Analisis Teknikal Pasangan Mata Wang GBP/USD untuk 23 September, 2020

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan