logo

FX.co ★ EMAS Sedia untuk Diniagakan Lebih Tinggi!

EMAS Sedia untuk Diniagakan Lebih Tinggi!

Berdasarkan kepada carta H4, emas kini diniagakan pada tahap $1,809, ia telah melepasi dari saluran menurun kecil dan ia kini diramalkan akan meneruskan pergerakan menaik. Harga telah menguji dan menguji semula rintangan statik $1,800 yang ditembusi, satu lagi 'Higher high' akan memberikan kita peluang untuk kemasukan pesanan membeli logam kuning ini.

Krisis COVID-19 masih belum dapat diselesaikan, ketakutan gelombang kedua membantu harga emas kekal tinggi dan menghampiri dan mencapai tahap tinggi baru. Penarikan semula harga kecil boleh membawa kepada peluang kemasukan pesanan membeli. Susut nilai USD mendorong emas untuk diniagakan lebih tinggi dalam dagangan jangka pendek.

EMAS Sedia untuk Diniagakan Lebih Tinggi!

Harga emas diniagakan dalam julat kecil pada carta H4, tetapi penembusan harga di atas garis aliran menurun kecil, saluran rintangan, akan menandakan penembusan kenaikan dari pergerakan kecil ke kesinambungan aliran mendatar dan pertumbuhan selanjutnya.

Penembusan harga palsu terakhir di bawah tahap psikologi $1,800, di bawah Median Line (ML), dan di bawah tahap sokongan $1,795 akan mengesahkan sekali lagi bahawa kenaikan harga akan meningkat lebih tinggi dalam jangka pendek. Prospeknya kenaikkan harga sah selagi emas berada di atas Median Line (ML) Pitchfork menaik.

Juga, kegagalan emas untuk mencapai Median Line (ML) Pitchfork menurun hitam kecil telah menandakan momentum kenaikkan harga sekurang-kurangnya sehingga ke tahap tinggi $1.818.

  • Tips Perdagangan EMAS

Penembusan harga dari saluran menurun kecil telah menandakan kenaikan yang lebih tinggi ke tahap tinggi $1,818 sebelumnya. Namun, mungkin anda harus menunggu penembusan yang sah di atas tahap ini dan dari julat kecil, untuk "Higher high', sebelum kembali membeli semula.

Oleh yang demikian, kita mungkin mempunyai peluang untuk mengambil pesanan membeli emas di atas $1,818, jika harga emas membuat penembusan harga yang sah di atas Upper Median Line (UML) pada Pitchfork kecil. Garis Fibonacci 50% mewakili rintangan dinamik yang kuat, tetapi saya percaya bahawa penembusan yang agresif di atas R1 ($1,820) akan mencadangkan kemasukan pesanan membeli dengan sasaran yang berpotensi pada Upper Median Line (UML) Pitchfork menaik utama dan pada R2 ($1,861).

Kenaikkan selanjutnya hanya akan dibatalkan oleh penembusan harga yang sah di bawah Median Line (ML) dan jika harga membuat penurunan dari julat kecil, di bawah tahap $1,795.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan