logo

FX.co ★ Analisis Teknikal Pasangan Mata Wang GBP/USD untuk 15 Julai, 2019

Analisis Teknikal Pasangan Mata Wang GBP/USD untuk 15 Julai, 2019

Analisis Teknikal Pasangan Mata Wang GBP/USD untuk 15 Julai, 2019

Gambaran Keseluruhan:

Pasangan mata wang GBP/USD ini meneruskan dagangan menurun dari tahap 1.2580. Minggu ini, pasangan mata wang ini telah bergerak lebih rendah dari tahap 1.2580 menghampiri ke bahagian bawah sekitar tahap 1.2454. Walau bagaimanapun, pasangan mata wang ini dilihat telah melantun dari tahap rendah 1.2454 dan kemudiannya menutup pada tahap 1.2560. Hari ini, tahap sokongan pertama dilihat berada pada 1.2454, harga kini sedang bergerak dalam saluran penurunan harga. Selain itu, harga telah ditetapkan di bawah rintangan yang kuat pada tahap 1.2529, yang bertepatan dengan tahap Penarikan Semula Fibonacci 23.6%. Rintangan ini telah ditolak beberapa kali sekaligus mengesahkan kebenaran prospek aliran menurun. Di samping itu, RSI mula menunjukkan aliran menurun. Akibatnya, jika pasangan mata wang NZD/USD ini berjaya menembusi tahap sokongan pertama 1.2454, maka pasaran ini berkemungkinan besar akan melanjutkan penurunan ke tahap 1.2375 untuk menguji sokongan mingguan 2. Akibatnya, pasaran berkemungkinan besar akan menunjukkan tanda-tanda aliran menurun. Oleh itu, adalah lebih baik untuk mengambil pesanan menjual di bawah tahap 1.2454 dengan sasaran pertama ditetapkan pada tahap 1.2375 dan seterusnya ke tahap 1.2315. Walau bagaimanapun, pesanan stop loss perlu diletakkan di atas tahap 1.2580.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan