logo

FX.co ★ Analisis Teknikal Pasangan Mata Wang EUR/USD untuk 03.06.2019

Analisis Teknikal Pasangan Mata Wang EUR/USD untuk 03.06.2019

Tinjauan Pasaran Teknikal:

Pasangan mata wang EUR/USD ini telah melantun semula dari tahap sokongan teknikal pada 1.1118 selepas graflilin Pin Bar dibuat. Keadaan pasaran 'oversold' membantu aliran menaik untuk mendorong harga bergerak di atas tahap rintangan tempatan 1.1176 dan tahap tinggi tempatan dibuat pada 1.1190. Walau bagaimanapun, pasaran masih bergerak di dalam julat dagangan antara tahap 1.1118 - 1.1215, tetapi momentum telah meningkat baru-baru ini, yang mungkin menunjukkan lantunan harga yang lebih kuat berbanding biasa ke arah tahap 1.1265. Selagi harga diniagakan di dalam zon pengukuhan harga, prospek pasaran kekal neutral. Aliran harga pada carta yang lebih besar masih menurun.

Titik Pangsi Mingguan:

WR3 - 1.1310

WR2 - 1.1261

WR1 - 1.1211

Pangsi Mingguan - 1.1159

WS1 - 1.1114

WS2 - 1.1061

WS3 - 1.1012

Cadangan Dagangan:

Strategi terbaik untuk keadaan pasaran semasa ialah untuk berdagang dalam keadaan pasaran'overbought' dan 'oversold' selagi harga sedang bergerak di dalam zon pengukuhan harga. Penembusan harga pada mana-mana arah (aliran carta yang lebih besar menunjukkan aliran menurun) akhirnya akan menunjukan arah untuk aliran jangka pendek dan ini adalah apabila strategi untuk penembusan akan terpakai.

Analisis Teknikal Pasangan Mata Wang EUR/USD untuk 03.06.2019

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan