Berdasarkan kepada carta Harian, pasangan mata wang utama EUR/USD dilihat sedang bergerak dalam saluran Bearish Pitchfork, yang menunjukkan keadaan Fiber dalam situasi penurunan harga. Ini juga disahkan oleh kemunculan sisihan (deviation) diantara pergerakan harga dan petunjuk Stochastic Oscillator serta corak Ascending Broadening Wedge, yang semua ini mengesahkan bahawa dalam beberapa hari akan datang pasangan mata wang EUR/USD berpotensi akan melemah ke tahap 1.0634 sebagai sasaran utama dan jika momentum dan volatiliti cukup menyokong maka tahap 1.0451 akan menjadi sasaran seterusnya yang akan dicapai. Walau bagaimanapun, semua senario ini boleh menjadi tidak sah dan terbatal secara automatik jika dalam perjalanannya menuju ke tahap sasaran ini, secara tiba-tiba pasangan mata wang EUR/USD mengukuh sehingga ia menembusi di atas tahap 1.0984.
(Penafian)