Emas telah menembusi kesemua sasaran jangka pendek selepas ia menembusi di atas tahap $1,317 apabila isyarat kenaikkan terakhir dinyatakan. Harga telah mencapai sempadan saluran menaik dan pada tahap $1,340, saya lebih gemar untuk menetapkan pesanan Take Profit dan kekal neutral.
Garis ungu - saluran kenaikkan harga
Segitiga kuning - kawasan sokongan utama
Segitiga hitam - rintangan jangka pendek (telah ditembusi) yang kini bertukar menjadi sokongan
Emas telah mencapai tahap sasaran $1,330-40 dan sempadan saluran menaik. Harga emas telah mencapai potensi jangka pendek maksimum mengikut pandangan saya dan pada tahap semasa saya lebih suka untuk menjadi neutral. Sokongan didapati terletak pada tahap $1,326 dan diikuti tahap sokongan utama pada tahap $1,300. Aliran dagangan jangka sederhana kekal menaik selagi emas berdagang di atas $1,300. Walau bagaimanapun, saya menjangka sekurang-kurangnya akan berlaku pembalikan harga jangka pendek ke arah tahap $1,330 pada minggu ini. RSI harian (tidak ditunjukkan di atas) menyatakan isyarat perbezaan (divergence) menurun. Ini adalah amaran penting bagi aliran menaik.