Tinjauan Teknikal:
Merujuk kepada carta 1H pasangan mata wang EUR/USD untuk mendapatkan gambaran jangka pendek struktur gelombang. Terutamanya, selepas harga menembusi ke zon beli pada garis rintangan, pasangan mata wang EUR/USD jatuh lebih rendah semalam seperti yang dijangka dan menguji bahagian belakang garis rintangan pada tahap 1.1275. Selain itu, sokongan fibonacci 0.618 pada rali baru-baru ini di antara tahap 1.1233 dan 1.1334 juga dilihat pada tahap 1.1270. Aliran menaik telah berjaya mendominasi dari penumpuan sokongan sekitar tahap 1.1270/75 dan juga membuat tahap tinggi interim pada tahap 1.1355. Sehingga harga kekal diniagakan di atas tahap rendah 1.1275, pasangan mata wang EUR/USD ini berkemungkinan besar akan mebuat corak harga tinggi yang lebih tinggi dan corak harga rendah yang lebih tinggi. Seperti yang digambarkan di sini, harga dijangka akan melonjak ke tahap 1.1495 dalam beberapa minggu akan datang. Pergerakan jangka pendek boleh dilihat sebagai pembetulan yang berpotensi lebih rendah ke tahap 1.1307/10. Aliran menaik dari tahap ini boleh membawa kembali kenaikkan harga ke dalam pasaran EUR/USD semula.
Pelan dagangan:
Adalah disyorkan kepada para pedagang untuk menetapkan keuntungan separa/penuh pada pesanan yang diambil semalam. Kemudian, perhatikan peluang untuk mengambil pesanan membeli sekitar tahap 1.1310, dan Stop Loss pada tahap 1.1210. Sementara sasaran terbuka.
Semoga berjaya!