logo

FX.co ★ Analisis Teknikal Emas untuk 19 Februari, 2019

Analisis Teknikal Emas untuk 19 Februari, 2019

Emas membuat kenaikan harga yang lebih tinggi seperti yang dijangkakan selepas ia menembusi di atas rintangan jangka pendek pada tahap $1,317. Menurut analisis yang terdahulu, saya ada menyatakan bahawa tahap $1,317 adalah rintangan utama untuk aliran menaik. Penembusan harga di atas tahap tersebut akan memberikan isyarat kenaikan harga.

Analisis Teknikal Emas untuk 19 Februari, 2019

Garis ungu - saluran kenaikkan harga

Lihat juga: Anda boleh membuka akaun perdagangan di sini.

Segitiga kuning - sokongan utama

Garis hitam - rintangan

Emas kekal diniagakan dalam arah aliran menaik sebagaimana harga terus membuat corak harga tinggi yang lebih tinggi dan corak harga rendah yang lebih tinggi. Sokongan kekal berada pada tahap $1,300 dan jika ditembusi, aliran menaik sejak Ogos dijangkakan akan berakhir. Rintangan dan tahap tinggi sebelumnya telah ditembusi semalam tetapi harga kekal di sekitar kawasan ini. Selagi harga berdagang di atas tahap $1,311, kami masih menjangkakan akan melihat penembusan harga pada tahap $1,330-40.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan