logo

FX.co ★ Analisis Teknikal Emas untuk 15 Februari, 2019

Analisis Teknikal Emas untuk 15 Februari, 2019

Emas meneruskan dagangan dalam julat dagangan $1,300- $1,1317. Aliran menaik jangka sederhana kekal mengukuh selagi harga berada di dalam saluran kenaikan harga dan di atas tahap $1,280-75. Selepas melonjak ke tahap $1,326 ($1,320 adalah sasaran saya), saya menjangkakan penarikan semula harga ke arah tahap minimum $1,300. Penarikan semula harga ke tahap $1,302 dan harga masih di bawah sokongan.

Analisis Teknikal Emas untuk 15 Februari, 2019

Garis ungu - saluran kenaikkan harga

Lihat juga: Anda boleh membuka akaun perdagangan di sini.

Segitiga kuning - sokongan

Segitiga hitam - rintangan

Emas diniagakan di antara tahap $1,302 dan $1,317. Penembusan harga yang jelas di atas tahap rintangan akan membuka jalan untuk harga bergerak ke arah tahap tinggi $1,326 dan kemungkinan besar akan menembusi tahap tersebut. Sasaran kami yang seterusnya adalah pada tahap $1,330-40. Sekiranya sokongan gagal mengukuh pada tahap $1,300, kita harus mengharapkan satu lagi pergerakkan ke arah tahap $1,280. Aliran jangka sederhana masih menaik selagi harga berada di dalam saluran kenaikan harga yang kami tunjukkan dalam carta Harian di atas.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan