logo

FX.co ★ Analisis Teknikal USD/CHF untuk 11 Jun, 2018

Analisis Teknikal USD/CHF untuk 11 Jun, 2018

Analisis Teknikal USD/CHF untuk 11 Jun, 2018

Gambaran Keseluruhan:

Pangsi: 0.9857

Lihat juga: InstaForex adalah merupakan salah satu peneraju dalam pasaran Forex, 12 tahun di pasaran, dan mempunyai lebih daripada 7,000,000 pelanggan aktif.

Pasangan mata wang USD/CHF ini menghadapi rintangan yang kuat pada tahap 0.9943 sebagaimana sokongan telah bertukar menjadi rintangan pada minggu ini. Oleh yang demikian, rintangan yang kuat telah pun dibentuk pada tahap 0.9943 dan pasangan mata wang ini berkemungkinan besar akan cuba mendekatinya untuk mengujinya semula. Walau bagaimanapun, sekiranya pasangan mata wang ini gagal untuk menembusi tahap 0.9943, pasaran diramalkan akan menunjukkan peluang penurunan harga di bawah tahap rintangan kuat baru pada 0.9943 (tahap 0.9943 adalah bertepatan dengan Fibonacci 78.6%). Selain itu, RSI mula menunjukkan aliran menurun, kerana trend masih menunjukkan kekuatan di atas Moving Average (MA)(100) dan (50). Oleh yang demikian, pasaran kini menunjukkan peluang penurunan harga di bawah tahap 0.9943 sebagaimana ia akan menjadi peluang yang baik untuk mengambil pesanan menjual pada tahap 0.9940 dengan sasaran pertama ditetapkan pada tahap 0.9795. Ia juga akan mendorong harga untuk meneruskan pergerakkan menurun ke arah tahap 0.9733. Sokongan kuat harian dilihat terletak pada tahap 0.9733. Walau bagaimanapun, kedudukan pesanan stop loss harus sentiasa diambil kira, justeru itu, ia adlaah lebih baik untuk menetapkan pesanan stop loss anda pada tahap 0.9994.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan