logo

FX.co ★ Analisis Teknikal GBP/USD untuk 07 Jun, 2018

Analisis Teknikal GBP/USD untuk 07 Jun, 2018

Analisis Teknikal GBP/USD untuk 07 Jun, 2018

Pasangan mata wang GBP/USD ini diramalkan akan diniagakan dengan kecenderungan aliran menaik. Pasangan mata wang ini telah menyaksikan lantunan semula harga dari tahap 1.3395 (tahap rendah 6 Jun) dan menembusi di atas Moving Average (MA) 20 dan 50. Indeks kekuatan relatif mencapai tahap neutral 50 dan sedang meningkat. Kesimpulannya, selagi harga tidak menembusi tahap 1.3415, harga berkemungkinan besar akan melantun ke tahap 1.3495. Penembusan harga di atas tahap ini akan mendorong harga untuk menguji tahap 1.3525.

Gambaran Keseluruhan Fundamental: Sterling bergantung pada jangkaan Brexit yang melemah dan tanggapan sesetengah pelabur yang menjangkakan bahawa Bank of England (BoE) akan menaikkan kadar faedah sekali lagi pada tahun ini. Kerajaan UK belum menyatakan set garis panduan untuk hubungan masa hadapan antara EU dan UK , yang mungkin akan menunjukkan 'hard Brexit'.

Lihat juga: Mulakan perdagangan Forex dengan broker peringkat Eropah!

Penjelasan Carta: Garis hitam menunjukkan titik pangsi. Harga kini diniagakan di atas titik pangsi yang menandakan posisi kenaikan harga, dan harga di bawah titik pangsi menandakan kedudukan menjual. Garis merah menunjukkan tahap sokongan sementara garis hijau menunjukkan tahap rintangan. Tahap ini boleh digunakan untuk memasuki atau keluar daripada pasaran.

Tahap Rintangan: 1.3495, 1.3525, dan 1.3560

Tahap Sokongan: 1.3395, 1.3355, dan 1.3310

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan