USD/JPY
Pasaran berusaha untuk meneruskan pergerakkan menaik pada 4 Jun. Selepas menguji tahap permintaan 108.50, harga telah melonjak lebih tinggi sebanyak 150 pips, dan ia menghampiri ke tahap bekalan 110.00. Penurunan harga jangka pendek masih sah dan ia sepatutnya menjejaskan kecenderungan kenaikan harga jangka panjang di pasaran.
Kenaikkan harga jangka panjang diramalkan akan terbatal tidak lama lagi. Ini kerana terdapat prospek penurunan harga yang sangat kuat pada pasangan JPY bulan ini, oleh yang demikian, pasangan mata wang USD/JPY akhirnya akan menjadi seperti pasangan JPY yang lain, yang kini diniagakan lemah. Kesinambungan rali menaik di pasaran akan menyebabkan ramalan ini menjadi tidak sah.