USD/CHF
Kecenderungan pasaran kekal tidak berubah (menurun), dan pasaran tidak menunjukkan dagangan yang ketara pada Isnin. Pasangan mata wang USD/CHF telah diniagakan menurun pada beberapa minggu yang lalu; yang mana ini adalah merupakan perkara yang luar biasa, merujuk kepada fakta bahawa ia biasanya berlaku dalam kolerasi negatif dengan EUR/USD.
Walau bagaimanapun, keadaan diramalkan akan berubah minggu ini, sebagaimana Dolar AS dijangka mula mengumpul stamina pada satu ketika (sebelum akhir minggu). Ini akan membantu pembalikan kenaikan harga yang kuat pada pasangan mata wang USD/CHF dan meletakkan lebih banyak tekanan penurunan harga pada EUR/USD. Tinjauan penurunan harga pada USD/CHF sepatutnya bertahan selama beberapa ketika, hingga Dolar AS dapat mengumpulkan momentum.