Tinjauan Teknikal: Semua sasaran menurun yang kami ramalkan dalam analisis semalam telah berjaya ditembusi. Pasangan mata wang ini kekal diniagakan dalam aliran menurun, dihadkan oleh kejatuhan Moving Average (MA) 50. Selain itu, indeks kekuatan relatif menurun di bawah tahap neutral 50, tanpa menunjukkan sebarang isyarat pembalikan harga. Akhir sekali, rintangan utama yang terletak pada tahap 1.2930 mengekalkan tekanan jualan yang kuat untuk harga. Kesimpulannya, selagi harga tidak menembusi tahap 1.2930, adalah disyorkan kepada para pedagang untuk memerhatikan penarikan semula harga ke tahap 1.2815 dan 1.2785.
Fundamental:
Ekonomi Kanada menunjukkan perkembangan pada kadar yang lebih perlahan berbanding ramalan pada pada suku pertama, berikutan kemerosotan yang ketara dalam pelaburan perumahan. Perbelanjaan pengguna yang melemah dan eksport produk bukan tenaga yang lebih rendah juga memberi kesan kepada pertumbuhan ekonomi negara.
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Kanada, atau ukuran lebih luas barangan dan perkhidmatan yang dihasilkan dalam ekonomi, meningkat pada kadar tahunan 1.3% pada suku pertama 2018, kepada 1.877 trilion dolar Kanada ($1.455 trilion). Kenaikkan ini menyamai ramalan terdahulu Bank of Canada, tetapi susut berbanding ramalan pasaran yang mengunjurkan peningkatan sebanyak 1.9%, menurut ahli ekonomi di Royal Bank of Canada.
Penjelasan Carta: Garis hitam menunjukkan titik pangsi. Harga kini diniagakan di atas titik pangsi yang menandakan posisi kenaikan harga, dan harga di bawah titik pangsi menandakan kedudukan menjual. Garis merah menunjukkan tahap sokongan sementara garis hijau menunjukkan tahap rintangan. Tahap ini boleh digunakan untuk memasuki atau keluar daripada pasaran.
Tahap Rintangan: 1.2930, 1.2960, dan 1.3000
Tahap Sokongan: 1.2815, 1.2785, dan 1.2740