Gelombang ii/ diramalkan akan menyaksikan tahap rendah dengan menguji tahap 1.6624. Kami masih perlu melihat penembusan harga di atas garis rintangan berhampiran pada tahap 1.6734 dan yang lebih penting adalah penembusan harga di atas rintangan kecil pada tahap 1.6764 untuk menambah keyakinan bahawa harga mungkin akan bergerak lebih rendah. Selagi rintangan kecil yang terletak pada tahap 1.6764 berjaya menghalang aliran menaik, pasangan mata wang ini dijangkakan akan menyaksikan penurunan harga baru, tetapi potensi penurunan kelihatan sangat terhad dari sini.
Penembusan harga di atas tahap rintangan kecil 1.6764 akan mensasarkan harga ke tahap rintangan utama 1.7062 dan menaik di sini sekaligus mengesahkan bahawa gelombang iii/ yang lebih tinggi ke tahap 1.7300 sedang membangun.
R3: 1.6903
R2: 1.6829
R1: 1.6764
Pangsi: 1.6705
S1: 1.6683
S2: 1.6656
S3: 1.6624
Cadangan Perdagangan:
Kami akan mengambil pesanan membeli sebaik sahaja harga menembusi di atas rintangan kecil pada tahap 1.6764 dan menetapkan pesanan Stop Loss pada tahap 1.6620.