logo

FX.co ★ Analisis Teknikal EUR/USD untuk 30 Mei, 2018

Analisis Teknikal EUR/USD untuk 30 Mei, 2018

Analisis Teknikal EUR/USD untuk 30 Mei, 2018

Tinjauan Teknikal: Sasaran pertama yang kami ramalkan dalam analisis semalam telah berjaya ditembusi. Pasangan mata wang EUR/USD ini diramalkan akan diniagakan di atas tahap sokongan utama 1.1570. Momentum aliran menaik telah disokong oleh kenaikkan kedua-dua Moving Average (MA) 20 dan 50. Kesimpulannya, selagi tahap 1.1570 berupaya menghalang aliran menurun, adalah disyorkan kepada para pedagang untuk memerhatikan lantunan semula harga dari tahap 1.1675. Penembusan harga di atas tahap ini akan mencetuskan satu lagi pembelian ke tahap 1.1700.

Fundamental: Euro menyaksikan lantunan semula harga hari ini selepas membuat penurunan harga yang ketara semalam berikutan ketidakpastian politik di Itali, didorong oleh penyebaran antara kerajaan Itali dan Jerman, serta laporan bahawa pemimpin pergerakan Five Star, Luigi Di Maio berkata bahawa beliau tidak pernah mencari jalan keluar dari kawasan euro. Pasangan mata wang EUR/USD diniagakan tinggi 0.3% pada tahap 1.1576.

Lihat juga: InstaForex adalah merupakan salah satu peneraju dalam pasaran Forex, 12 tahun di pasaran, dan mempunyai lebih daripada 7,000,000 pelanggan aktif.

Penjelasan Carta: Garis hitam menunjukkan titik pangsi. Harga kini diniagakan di atas titik pangsi yang menandakan posisi kenaikan harga, dan harga di bawah titik pangsi menandakan kedudukan menjual. Garis merah menunjukkan tahap sokongan sementara garis hijau menunjukkan tahap rintangan. Tahap ini boleh digunakan untuk memasuki atau keluar daripada pasaran.

Tahap Rintangan: 1.1675, 1.1700, dan 1.1750

Tahap Sokongan: 1.1550, 1.1515, dan 1.1460

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan