logo

FX.co ★ Analisis Teknikal EUR/USD untuk 23 Mei, 2018

Analisis Teknikal EUR/USD untuk 23 Mei, 2018

Analisis Teknikal EUR/USD untuk 23 Mei, 2018


Pasangan mata wang EUR/USD ini meneruskan dagangan dalam aliran menurun dari tahap 1.1880 dan 1.1797. Minggu ini, pasangan mata wang ini telah memperlihatkan penurunan harga dari tahap 1.1880 ke 1.1715. Hari ini, rintangan dilihat terletak pada tahap 1.1797 dan 1.1880. Oleh yang demikian, kami menjangkakan bahawa harga ditetapkan di bawah rintangan yang kuat pada tahap 1.1797 dan 1.1880; kerana harga masih berada dalam saluran penurunan harga sekarang. Berdasarkan kepada peristiwa sebelumnya, harga masih diniagakan diantara tahap 1.1797 dan 1.1629. Secara keseluruhannya, kami masih lebih cenderung untuk memilih senario penurunan harga selagi harga diniagakan di bawah tahap 1.1797. Selain itu, jika pasangan mata wang EUR/USD berjaya menembusi di bawah tahap 1.1715, pasaran berkemungkinan besar akan melanjutkan penurunan sehingga mencecah ke tahap 1.1629 (sokongan harian 2). Oleh itu, harga diramalkan akan jatuh mensasarkan ke tahap sokongan kuat yang terletak pada tahap 1.1540. Sebaliknya, sekiranya pasangan mata wang EUR/USD ini menutup di atas tahap rintangan kuat pada 1.1880, lokasi terbaik untuk menetapkan pesanan stop loss adalah di atas tahap 1.1900.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan