logo

FX.co ★ Analisis Teknikal NZD/USD untuk 15 Mei, 2018

Analisis Teknikal NZD/USD untuk 15 Mei, 2018

Analisis Teknikal NZD/USD untuk 15 Mei, 2018

Gambaran Keseluruhan:

Pasangan mata wang USD/CHF ini telah menghadapi rintangan yang kuat pada tahap 0.6935 sebagaimana sokongan telah bertukar menjadi rintangan semalam. Oleh yang demikian, rintangan yang kuat telah ditetapkan pada tahap 0.6935 dan pasangan mata wang ini diramalkan akan menghampiri tahap tersebut untuk mengujinya semula. Walau bagaimanapun, sekiranya pasangan mata wang ini gagal menembusi tahap 0.6935, pasaran berkemungkinan besar akan menunjukkan peluang penurunan harga di bawah tahap rintangan kuat baru 0.6935 (tahap 0.6935 adalah bertepatan dengan Fibonacci 23.6%). Selain itu, RSI mula menunjukkan aliran menurun, sebagaimana harga masih mengukuh di atas Moving Average (MA)(100) dan (50). Oleh yang demikian, pasaran kini menunjukkan peluang penurunan harga di bawah tahap 0.6935, oleh yang demikian, adalah disyorkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan membeli pada tahap 0.6935 dengan sasaran pertama ditetapkan pada tahap 0.6869. Ia juga akan mendorong harga untuk diniagakan lebih rendah ke arah tahap 0.9896. Sokongan harian kuat dilihat terletak pada tahap 0.6844. Walau bagaimanapun, pesanan stop loss harus diambil kira, adalah lebih baik untuk menetapkan pesanan stop loss pada tahap 0.6974.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan