logo

FX.co ★ Analisis Teknikal USD/CHF untuk 18 April, 2018

Analisis Teknikal USD/CHF untuk 18 April, 2018

Analisis Teknikal USD/CHF untuk 18 April, 2018

Kesemua sasaran kenaikan harga yang kami ramalkan dalam analisis semalam telah berjaya ditembusi. Pasangan mata wang USD/CHF ini diramalkan akan diniagakan dalam aliran menaik. Pasangan itu mengukuh selepas melonjak dengan ketara semalam. Kedua-dua kenaikan pada Moving Average (MA) 20 dan 50 membantu pasangan mata wang ini untuk mengekalkan kecenderungan menaik. Indeks kekuatan relatif menaik dan mendorong harga untuk membuat kenaikkan baru. Kesimpulannya, di atas tahap 0.9635, adalah disyorkan kepada para pedagang untuk memerhatikan kesinambungan kenaikkan harga dengan sasaran masing-masing ditetapkan pada tahap 0.9715 dan 0.9750.

Penjelasan Carta: Garis hitam menunjukkan titik pangsi. Harga kini diniagakan di atas titik pangsi yang menandakan posisi kenaikan harga, dan harga di bawah titik pangsi menandakan kedudukan menjual. Garis merah menunjukkan tahap sokongan sementara garis hijau menunjukkan tahap rintangan. Tahap ini boleh digunakan untuk memasuki atau keluar daripada pasaran.

Lihat juga: InstaForex adalah merupakan salah satu peneraju dalam pasaran Forex, 12 tahun di pasaran, dan mempunyai lebih daripada 7,000,000 pelanggan aktif.

Strategi Perdagangan: Ambil pesanan MEMBELI, dengan menetapkan pesanan Stop Loss pada tahap 0.9635, dan take profit pada tahap 0.9715.

Tahap Rintangan: 0.9715, 0.9750, dan 0.9790

Tahap Sokongan: 0.9605, 0.9575, dan 0.9545.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan