Analisis Teknikal USD/JPY Untuk 27 Februari , 2017

Pasangan mata wang USD/JPY berada di bawah tekanan,tahap rintangan utama pada 112.90. Gambaran teknikal pasangan mata wang ini menunjukkan penurunan harga, kerana harga dihadkan oleh garis arah aliran menurun (sejak 22 Feb). Momentum ke bawah diperkukuhkan lagi oleh penurunan moving average 50. Di samping itu, potensi kenaikan harga harus dihadkan oleh tahap rintangan utama pada 112.90.

Selagi tahap ini tidak ditembusi, mencari penurunan harga seterusnya ke tahap 111.90 dan seterusnya ke tahap 111.60.

Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 112.55. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 112.30. Titik pangsi kekal berada pada tahap 113.25. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Berdasarkan kepada situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 113.60 dan sasaran kedua pada tahap 113.95.

Tahap Rintangan: 113.60, 113.95, dan 114.35

Tahap Sokongan: 112.55, 112.30, dan 112.00