Pasangan mata wang GBP/JPY berada di bawah tekanan. Pasangan mata wang tersebut mempercepatkan pergerakan menurun dan menembusi di bawah sempadan yang lebih rendah daripada Bollinger Bands, dimana ia perlu menunjukkan kesinambungan arah aliran menurun. Selain itu, momentum menurun diperkukuhkan lagi oleh penurunan moving average 20 dan 50. Indeks kekuatan relatif menembusi di bawah tahap "oversold" pada 30, tetapi belum menunjukkan sebarang isyarat pembalikan harga.
Oleh itu, penembusan harga di bawah 140.00 akan meneruskan pergerakan penurunan harga ke arah 138.90 dan 138.65.
Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 138.90. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 138.65. Titik pangsi kekal berada pada tahap 140.00. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Berdasarkan kepada situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 140.50 dan sasaran kedua pada tahap 141.30.
Tahap Rintangan: 140.50, 141.30, dan 142.00
Tahap Sokongan: 138.90,138.65, dan 138.00