Analisis Harian GBP/USD untuk 13 Februari, 2017

Pasangan mata wang GBP/USD kini dilihat sedang mengukuh di atas sokongan pada tahap 1.2475, menunggu sinar baharu dalam laporan ekonomi makro pada minggu ini. SMA 200 masih menolak pasangan ke arah bawah dan ia dijangka akan menyaksikan lantunan harga ke arah tahap 1.2561 dalam tempoh beberapa jam yang akan datang. Walau bagaimanapun, selagi pergerakkan bagi pasangan mata wang GBP/USD ini masih dihadkan oleh band Bollinger yang lebih tinggi, maka harga berkemungkinan akan menguji zon sokongan yang didapati terletak pada tahap 1.2414.

Tahap Rintangan Carta 1H: 1.2561 / 1.2645

Tahap Sokongan Carta 1H: 1.2475 / 1.2414

Cadangan Perdagangan untuk Hari Ini: Berdasarkan pada carta 1H, para pedagang disarankan untuk mengambil pesanan membeli (beli) hanya sekiranya pasangan mata wang GBP/USD ini berjaya menembusi cartalilin kenaikkan harga; dengan menetapkan rintangan pada tahap 1.2561, take profit pada tahap 1.2645 dan stop loss pada tahap 1.2480.