Pasangan mata wang USD/JPY diramal akan diniagakan dengan kecenderungan kenaikan harga. Pasangan mata wang tersebut menembusidi atas moving average 50 dan kekal dengan pergerakan menaik. Selain itu, moving average 20 beralih kepada pergerakan menaik dan dijangka melepasi moving average 50 untuk sesi akan datang. Indeks kekuatan relatif mengukuh di atas paras neutral pada 50 dan tidak mempunyai momentum ke bawah. Selain itu, tahap 113.30 memainkan peranan sebagai tahap sokongan utama, yang perlu menghadkan potensi penurunan harga.
Selagi tahap ini tidak ditembusi, mencari lantunan teknikal ke arah 114.25 dan seterusnya tahap 114.50.
Cadangan Perdagangan:
Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 114.25 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 114.50. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada tahap 113.00 sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 112.55. Titik pangsi terletak pada tahap 113.30.
Tahap rintangan: 114.25, 114.50, 115.00 Tahap sokongan: 113.00, 112.55, 112.00