Analisis Teknikal GBP/JPY untuk 23 Januari , 2017

Pasangan mata wang GBP/JPY berada di bawah tekanan. Pasangan mata wang tersebut telah menembusi dibawah moving average 20 dan 50, dan kekal di bawah. Sementara itu, indeks kekuatan relatif telah dihadkan oleh garis arah aliran menurun. Selagi tahap 141.90 kekal sebagai tahap rintangan utama, risiko penembusan harga di bawah 140.50 adalah tinggi.

Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 140.50. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 140.05 Titik pangsi kekal berada pada tahap 141.90. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Berdasarkan kepada situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 142.65 dan sasaran kedua pada tahap 143.20.

Tahap rintangan: 142.65, 143.20, 143.75

Tahap sokongan: 140.50, 140.05, 139.15