Analisis Teknikal USD/CHF untuk 27 Julai, 2016

Pasangan mata wang USD/CHF diramalkan akan meneruskan pergerakkan menaik. Pasangan mata wang ini telah menembusi di atas garis aliran menurun, yang muncul pada 25 Julai, dan aliran menaik telah dipercepatkan. Kenaikan pada purata pergerakan tempoh 50 memainkan peranan sebagai sokongan dan mengekalkan kecenderungan kenaikkan harga. Indeks kekuatan relatif kekal berada di atas tahap neutral 50 dan tidak mempunyai momentum menurun. Berdasarkan kepada laporan ekonomi Amerika Syarikat, PMI Perkhidmatan Markit menurun kepada 50.9 dalam satu jangkaan awal pada Julai (berbanding ramalan pada 52) daripada 51.4 pada Jun, manakala PMI Komposit meningkat kepada 51.5 pada Julai berbanding 51.2 pada Jun. Indeks Keyakinan Pengguna secara relatifnya kekal stabil 97.3 pada Julai (berbanding ramalan 96). Indeks Pembuatan Persekutuan Richmond meningkat kepada 10 pada bulan Julai (berbanding -5 pada ramalan) -10 pada Jun. Secara berasingan, jualan rumah baru meningkat kepada 592,000 buah unit pada bulan Jun (berbanding 560,000 buah unit pada ramalan) dan daripada 572,000 buah unit pada Mei.

Selain itu, pangkalan sokongan kelihata telah terbentuk di sekitar tahap 0.9875, yang sepatutnya menghadkan potensi penurunan harga. Selagi tahap utama ini tidak ditembusi, maka perhatikan pergerakan harga ke tahap seterusnya ke arah 0.9955 dan 0.9975 dalam lanjutan.

Tahap Rintangan: 0.9955, 0.9975, 1.0045

Tahap Sokongan: 0.9840, 0.9815, 0.9780