Rumusan Gelombang:
Seperti yang telah dinyatakan semalam, pembetulan penurunan harga daripada tahap 1.5839 tidak kelihatan lengkap dan satu lagi penurunan harga ke tahap 1.5506 harus dijangka. Kami kemudiannya memberitahu bahawa harga berkemungkinan akan bergerak ke arah tahap 1.5506. Kami tidak melihat lonjakan harga ke tahap 1.5730 sebelum penurunan harga ke tahap 1.5506 (tahap rendah telah dilihat pada 1.5497) berlaku, tetapi sebaliknya, laluan 'outlined' ini telah bertindak dengan cukup baik. Kemungkinan sekarang memihak kepada pembentukkan tahap rendah dengan ujian harga pada tahap 1.5497, dan penembusan harga di atas garis rintangan kecil berhampiran tahap 1.5688 yang akan menjadi petunjuk kuat pertama untuk kenaikkan impulsif baru yang lebih tinggi sekurang-kurangnya ke tahap 1.6738.
Cadangan Perdagangan:
Kami telah membeli EUR sekali lagi daripada tahap 1.5510 dan akan menetapkan kedudukan Stop Loss pada tahap 1.5490. Sekiranya anda masih lagi belum mengambil pesanan membeli EUR, maka adalah disarankan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan membeli di atas tahap 1.5688 dengan menetapkan kedudukan stop loss pada tahap yang sama; iaitu pada tahap 1.5490.