Analisis EUR/NZD untuk 26 Julai, 2016

Baru-baru ini, pasangan mata wang EUR/NZD telah didagangkan dalam aliran menuurn. Seperti yang saya jangkakan, harga dilihat telah menguji tahap 1.5564 pada jumlah yang tinggi. Sasaran penurunan harga saya dari semalam yang terletak pada tahap harga 1.5670 telah ditembusi. Menurut kepada carta 30M, saya mendapati bahawa terdapat aliran menurun dan isyarat penurunan harga yang selanjutnya. Juga terdapat 'up-thrust-bar' dan penolakan daripada SMA21, yang merupakan petanda baik untuk harga bergerak lebih rendah lagi. Saya meletakkan lanjutan Fibonacci untuk mencari potensi sasaran penurunan harga. Saya mendapati bahawa lanjutan Fibonacci 100% terletak pada harga 1.5530 dan lanjutan Fibonacci 161.8% pada harga 1.5400.

Titik Pangsi Fibonacci:

Tahap Rintangan:

R1: 1.5735

R2: 1.5760

R3: 1.5805

Tahap Sokongan:

S1: 1.5650

S2: 1.5625

S3: 1.5580

Cadangan Perdagangan untuk Hari Ini: Para pedagang dinasihatkan agar lebih berhati-hati agar mengambil pesanan membeli dan perhatikan peluang jualan yang berpotensi.