Pasangan mata wang GBP/USD terus menunjukkan prestasi yang melemah pada dagangan jangka pendek, sepertimana carta 1H kini sedang menyatakan aliran penurunan harga di bawah SMA 200. Pada masa sekarang, sokongan yang terletak pada tahap 1.5031 kini sedang diuji dengan tekanan aliran menurun dan apabila penembusan harga berlaku disekitar tahap tersebut, maka kita boleh menjangkakan kesinambungan penurunan harg ke arah zon harga 1.4982. Walau bagaimanapun, kami mengesyorkan kepada para pedagang untuk menunggu sehingga pembentukan corak harga rendah yang lebih rendah berlaku.
Tahap Rintangan Carta 1H: 1.5062 / 1.5100
Tahap Sokongan Carta 1H:1.5031 / 1.4982
Cadangan Perdagangan untuk Hari Ini: Berdasarkan pada carta 1H, para pedagang disarankan untuk mengambil pesanan menjual (jual) hanya sekiranya pasangan mata wang GBP/USD ini berjaya menembusi cartalilin penurunan harga; dengan menetapkan sokongan pada tahap 1.5031, take profit di tahap 1.4982, dan stop loss pada tahap 1.5080.