EUR/NZD : analisis untuk 24 April, 2015

Huraian:

Baru-baru ini, pasangan mata wang EUR/NZD telah didagangkan dalam aliran menaik. Seperti yang kita jangkakan, harga dilihat telah menguji tahap 1.4389 dalam jumlah yang tinggi. Alrian harga jangka pendek berubah daripada penurunan harga kepada aliran menaik. Para pedagang dinasihatkan agar lebih berhati-hati apabila menjual pada tahap ini dan perhatikan peluang belian yang berpotensi selepas pembetulan menurun. Menurut kepada carta 4H, kami mendapati bahawa terdapat permintaan pada jumlah ultra-tinggi. Penarikan semula Fibonacci 61.8% kami yang terletak pada tahap 1.4290 kini telah ditembusi. Oleh itu, tahap 1.4520 berkemungkinan akan diuji. Berdasarkan kepada carta harian pula, kami mendapati bahawa terdapat permintaan pada jumlah ultra-tinggi dan tindakan harga yang sangat kuat.

Titik Pangsi Fibonacci:

Tahap Rintangan:

R1: 1.4292

R2: 1.4364

R3: 1.4481

Tahap Sokongan:

S1: 1.4060

S2: 1.3985

S3: 1.3870

Cadangan Perdagangan: Para pedagang dinasihatkan agar lebih berhati-hati semasa mengambil pesanan menjual EUR/NZD dan perhatikan peluang belian yang berpotensi selepas penarikan semula harga.