Huraian Fundamental:
Pasangan mata wang USD/CHF ini diramalkan akan mengukuh dengan kecenderungan aliran menaik setelah hampir mencecah tahap tinggi dua bulan 1.0000 pada EBS hari Selasa. Kadar harga bagi pasangan mata wang USD/CHF ini telah disokong oleh sentimen dolar yang menaik, kadar faedah Swiss yang negatif, ancaman Bank Negara Swiss untuk mengadakan campur tangan dalam penjualan CHF, dan penjualan mata wang franc sewaktu pasangan CHF/JPY melemah.
Ulasan Teknikal:
Carta harian dilihat berkecenderungan positif sebagaimana MACD dan Stokastik adalah aliran menaik, meskipun ia kemudianya akan berada pada tahap terlebih beli. Purata pergerakan lima dan 15 hari kini kian meningkat.
Cadangan Perdagangan:
Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 1.0120 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 1.0160. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada 0.9875. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 0.9820. Titik pangsi kekal terletak pada tahap 0.9950.
Tahap Rintangan:
1.0120
1.0160
1.02
Tahap Sokongan:
0.9875
0.9820
0.9750