EUR/USD
Pengeluaran perindustrian Perancis melonjak pada bulan Januari. Sepanjang tempoh tiga bulan yang lalu, pengeluaran merekodkan sedikit kenaikkan di dalam sektor pembuatan (+ 0.2% perbandingan suku tahun sebelumnya), serta dalam industri secara keseluruhan (+ 0.2%, perbandingan suku tahun sebelumnya). Keluaran pembuatan pada tiga bulan lalu menurun berbanding dengan bulan yang sama tahun sebelumnya (-0.7% tahun ke tahun). Penurunan yang lebih ketara telah dicatatkan dalam laporan pengeluaran industri keseluruhan (-0.9% tahun ke tahun). Bagaimanapun, pengeluaran perindustrian Itali menunjukkan bacaan menurun. Pada bulan Januari 2015, indeks pengeluaran perindustrian pelarasan bermusim menurun sebanyak 0.7% berbanding dengan Disember. Peratus perubahan daripada tiga bulan lalu secara purata adalah + 0.1% berbanding tiga bulan sebelumnya. Ia adalah hasil percampuran zon euro. Antara negara-negara zon euro, Perancis menunjukkan tanda-tanda kecil pemulihan. Perancis merupakan ekonomi kedua terbesar di zon euro.
Pada hari ini, perhatian para pedagang kini sedang tertumpu kepada ucapan Gabenor BoE, Carney dan data gaji bukan perladangan Perancisi. Kami tidak menjangkakan perubahan pada Suku ke-4.
Daripada sudut pandangan teknikal pula, pasangan mata wang ini kelihatan telah menembisu dibawah tahap rendah Ogos 2008, mensasarkan ke tahap 1.0560 dan 1.0530 dalam tempoh masa yang terdekat ini. Harga kemudianya berkemungkinan akan menembusi di bawah 1.0000. Harga ini ditutup dan didagangkan jauh di bawah purata pergerakkan setiap jam. Sehingga harga menutup di bawah 1.0.960, gunakan setiap kenaikkan untuk menjual pada minggu ini. Rintangan mingguan didapati terletak di antara tahap 1.0780 dan 1.0960. Lupakan belian, sehingga harga menutup di bawah 1.0960 pada kedudukan. Sasaran jangka pendek kelihatan seolah-olah berada pada tahap 1.0560. Sasaran jangka panjang seolah-olah berada pada harga 0.9000 sekiranya pasangan mata wang ini menutup di bawah 1.0760 didalam carta bulanan. Aliran menurun kekal mengukuh. Kami mencadangkan sasaran lebih rendah pada mulanya pada sub 1.1000 dan 0.9000. Sewaktu sesi dagangan semalam, kami mengesyorkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan menjual urusniaga harian baru di bawah 1.0820 dengan sasaran masing-masing diletakkan pada tahap 1.0800 dan 1.0750. Pasangan ini telah membuat tahap rendah pada harga 1.0660.
Rintangan: 1.0740, 1.0780, 1.0825.
Sokongan: 1.0680, 1.0600, 1.0560.
Perdagangan: gunakan kenaikkan harga untuk menjual.
Urusniaga harian, pesanan menjual dibawah tahap 1.0680 dengan sasaran masing-masing ditetapkan pada tahap 1.0600 dan 1.0575.
EUR/JPY
Data ekonomi yang bercampur-campur telah menolak mata wang euro berbanding JPY. Selepas laporan mengenai KDNK Jepun dikeluarkan, pasangan mata wang ini telah menembusi ayunan tahap rendah sebelumnya. Pasangan mata wang kini dilihat sedang menguji nasib pada tahap 129.00 atau 200Mema. Secara teknikalnya, pasangan mata wang ini telah menembusi dibawah 200Wsma, 100Msma, dan 200Msma. Dalam kes ini, jika harga menutup di bawah tahap 129.00, maka aliran penurunan harga berkemungkinan akan mencabar tahap 128.00 dan 125.00 dalam tempoh masa terdekat dan tempoh jangka masa pendek ini. Kami masih mencadangkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan menjual pada tahap 132.35 dengan sasaran masing-masing ditetapkan pada tahap 131.20, 130.90, 129.50, dan mungkin juga pada tahap 129.00. Semalam, pasangan mata wang ini dilihat telah membuat tahap rendah pada harga 129.22. Corak harga rendah yang lebih rendah dan corak harga tinggi yang lebih rendah telah dibangunkan pada carta 4H, menunjukkan lebih banyak ruang untuk penurunan harga yang belum muncul. Rintangan urusniaga harian telah ditetapkan di antara tahap 130.70 dan 130.80. Kejatuhan harga yang curam akan berlaku di bawah tahap 129.00 dengan sasaran masing-masing terletak pada tahap 128.00, 125.00 dan 122.50.
Tahap utama yang perlu diberikan perhatian: 129.00 bulanan. Pasangan mata wang ini kelihatan telah menembusi dan menutuo di bawah tahap sokongan utama mingguan, fokus kini telah beralih ke tahap sokongan bulanan yang terletak pada tahap harga 129.00.
Skiranya harga menutup di bawah tahap 129.60 pada carta mingguan, maka harapan terakhir kelihatan seolah-olah berada pada tahap 129.00.
Sokongan mingguan: 129.00.
Sokongan bulanan: 129.00.
Perdagangan: ambil pesanan menjual baru dibawah tahap 129.00 bagi 'safe traders'.
Risky trades: ambil pesanan membeli dengan menetapkan SL pada tahap 129.00.