Tahap Teknikal Mingguan bagi Pasangan Mata Wang EUR/USD:
Huraian:
Pasangan mata wang EUR/USD ini dilihat mempunyai julat dagangan besar iaitu 401 pips pada minggu lalu dan ia kelihatan ketara berbanding dengan nilai pasangan mata wang ini. Berdasarkan kepada peristiwa sebelumnya, kita juga boleh menjangkakan julat dagangam minggu ini. Minggu ini, rintangan pertama bagi pasangan mata wang EUR/USD berkemungkinan akan ditetapkan pada titik pangsi mingguan 1.0974; untuk itu, harga diramalkan akan memulakan pergerakkan menurun dari tahap harga 1.0974 sehingga harga mencecah ke arah tahap sokongan kukuh. Selain itu, turun naik telah dikira dan ia didapati terletak masing-masing pada tahap 1.0810, 1.0750, dan 1.0707. Oleh itu, pasaran juga kelihatan menunjukkan turun naik yang lebih tinggi pada minggu ini. Berhubung rapat di antara turun naik pasaran dan pergerakan harga harus diperhatikan.Walau bagaimanapun, harga masih terperangkap di antara tahap 1.0970 dan 1.0820. Oleh yang demikian, sebagaimana pasaran masih menunjukkan tanda-tanda penurunan harga, maka adalah disyorkan kepada para pedagang agar mengambil pesanan menjual di bawah tahap 1.0974 (titik pangsi mingguan) dengan sasaran masing-masing diletakkan pada tahap 1.0860 dan 1.0710 untuk menguji garis sokongan mingguan. Walau bagaimanapun, stop loss perlu diletakkan di atas tahap 1.1000.