Analisis Teknikal NZD/USD untuk 13 Jun, 2014

Huraian:

Pasangan mata wang NZD/USD ini diramalkan akan mengukuh dengan kecenderungan kenaikkan harga selepas pasangan mencecah tahap tinggi lima minggu 0.8699 pada hari Khamis. Sentimen Kiwi adalah menaik selepas Bank Rizab New Zealand menaikkan kadar tunai sebanyak 25 mata asas kepada 3.25% dan memberikan isyarat kenaikan kadar yang selanjutnya untuk bulan-bulan yang akan datang pada hari Khamis. Kadar harga bagi pasangan NZD/USD ini juga disokong oleh sentimen dolar yang negatif dan permintaan dolar NZ sewaktu pasangan AUD/NZD melemah. Walau bagaimanapun, keuntungan bagi pasangan NZD/USD ini telah terjejas akibat daripada sentimen risiko global yang negatif dan pelarasan kedudukan sebelum hujung minggu. Carta harian dilihat berkecenderungan positif sebagaimana MACD dan Stokastik adalah aliran menaik, meskipun ia akhirnya akan berada di dalam zon terlebih beli, purata pergerakkan lima hari kini berada di atas MA 15 hari dan kian meningkat.


Cadangan Perdagangan: 

Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.8710 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 0.8745. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada 0.8560. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 0.8525. Titik pangsi kekal terletak pada tahap 0.8620.

Tahap Rintangan:
0.8710
0.8745
0.8775

Tahap Sokongan;
0.8560
0.8525
0.8475