Huraian:
Rintangan utama bagi pasangan mata wang EUR/USD telah pun ditetapkan pada tahap 1.3685. Sebelum ini, tahap 1.3685 mewakili tahap sokongan kuat tetapi sokongan itu telah ditembusi dan ia kini bertukar menjadi tahap rintangan. Oleh itu, pasangan mata wang ini dilihat telah membentuk rintangan yang kuat pada tahap 1.3685. Tidak kurang pentingnya, selepas harga gagal untuk menutup di atas tahap 1.3711 (rintangan mingguan 1), maka harga akan mula didagangkan dalam aliran menurun pada tahap ini. Selain itu, tahap ini adalah bersamaan dengan nisbah 38.2% penarikan semula Fibonacci di dalam carta 4H. Oleh itu, pasangan mata wang EUR/USD ini akan mempunyai momentum penurunan harga yang agak meyakinkan dan struktur penurunan harga ini tidak kelihatan seperti akan mengalami pembetulan semula harga. Kemudian, pasaran akan menunjukkan peluang penurunan harga di bawah tahap 1.3711, oleh itu ia akan menjadi satu petanda yang baik kepada para pedagang untuk mengambil pesanan menjual di bawah tahap 1.3711 dengan sasaran pertama ditetapkan pada tahap 1.3605 dan harga kemudianya akan memanggil aliran penurunan harga untuk terus menurun ke arah tahap 3504 (double bottom).Nota:
Harga diramalkan akan didagangkan di antara tahap 1.3660 dan 1.3563. RSI kini memanggil untuk aliran penurunan harga. Kami menjangkakan bahawa julat dagangan adalah di antara 63 pips hingga 75 pips pada 13 Jun, 2014.