Ramalan Jangka Pendek EUR/JPY untuk 12 Jun, 2014

EUR/JPY

Pasangan mata wang ini telah didagangkan dalam aliran menurun daripada tahap 140. Pasangan mata wang ini berhadapan dengan rintangan pada tahap penembusan garisan aliran sokongan dan harga dilihat masih lagi gagal untuk menembusi di atas tahap tersebut. Sekiranya tahap sokongan ini bertindak sebagai rintangan, maka ia adalah isyarat bagi aliran menurun. Dalam sesi dagangan hari semalam, pasangan mata wang ini telah menembusi tahap rendah sebelum ini dan gagal untuk menutup di atas SMA 200 hari, yang mana ia akan mendorong prospek penurunan harga. Untuk aliran menurun, pasangan mata wang ini mempunyai sokongan yang kuat pada tahap 137.60 (EMA 200 hari). Penutupan harian di bawah tahap ini, berpotensi untuk melanjutkan aliran penurunan harga sehingga ke tahap 136.20 dan 131.20.


Sila beri perhatian kepada ruang di antara tahap 137.60 (EMA 200 hari) dan tahap 137.10 (SMA 50 minggu). Oleh itu, adalah disarankan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan menjual di bawah tahap 137 ke tahap 136.20 sebagai sasaran awal. Penembusan harga di bawah tahap 136.20, akan membolehkan harga menembusi tahap 131 dengan pengantara atas dan bawah.

NOTA-

HARAPAN TERAKHIR BAGI ALIRAN MENAIK TERLETAK PADA TAHAP 137.10, PENUTUPAN HARGA DI BAWAH TAHAP INI, AKAN MELANJTUKAN ALIRAN MENURUN

TAHAP YANG PERLU DIBERIKAN TUMPUAN-

SOKONGAN: 137.60, 137.10, PANIK DIBAWAH 136.20.

RINTANGAN 138.65, DI ATAS, 140.30.