Analisis Urusniaga Harian USD/JPY dan GBP/JPY untuk 12 Jun, 2014

Pasangan mata wang ini telah didagangkan dalam aliran menaik dari tahap 100.83. Pasangan mata wang ini telah membuat pembetulan sehingga 50% bagi setiap pergerakkan menaik. Dalam sesi dagangan semalam, pasangan mata wang ini dilihat telah menembusi sokongan yang terletak pada tahap fib 23.6, tetapi menutup di bawah SMA 50 hari. Pada hari ini, dalam sesi dagangan Asia, pasangan mata wang ini kelihatan telah cuba untuk menembusi SMA 50 hari pada tahap 102.12, harga benar-benar telah menyentuh tahap tersebut namun gagal untuk menembusi di atas tahap tersebut. Pada masa ini, corak perdagangan ditetapkan di antara tahap 101.86-102.12. Sekiranya pasangan mata wang ini menembusi di atas tahap rintangan 102.12, maka adalah diramalkan bahawa harga akan melonjak sehingga ke tahap 102.25 dan 102.40. Untuk aliran menurun, sekiranya pasangan mata wang ini menembusi tahap rendah hari semalam, maka harga berkemungkinan akan menjunam hingga ke tahap 101.75, 101.50, dan 101.35. 


Cadangan Perdagangan- cmp 102.10.

Ambil pesanan membeli di atas tahap 102.12.

Ambil pesanan menjual di bawah tahap 101.86.

GBP/JPY

Sepertimana pasangan mata wang USD/JPY, pasangan GBP/JPY ini juga berhadapan dengan tahap rintangan yang kuat pada SMA 50 hari (171.55). Sehingga kini, pasangan mata wang ini telah merekodkan tahap tinggi pada 171.54 dalam sesi dagangan Asia. Pada ketiga-tiga sesi dagangan terakhir, pasangan ini dilihat telah menghasilkan tahap rendah yang lebih rendah dan tahap tinggi yang lebih rendah. Jika pasangan mata wang berjaya menembusi di atas SMA 50 hari pada tahap 171.55, maka harga berpotensi untuk melonjak naik sehingga ke tahap 171.79 dan 172.50.

Cmp Dagangan Setiap Jam-171.54.

Ambil pesanan membeli di atas tahap 171.55 dan sasaran pada tahap 171.65 dan 171.70.