USD/CAD
Ramalan Dagangan Jangka PanjangÂ
Pasangan mata wang ini kelihatan lebih cenderung untuk meneruskan aliran menaik dan harga berpotensi untuk menembusi pada tahap 1.1673. Pada bulan ini, pasangan mata wang USD/CAD telah memulakan dagangan dalam aliran menaik lebih rendah dari tahap 1.0840. Untuk aliran menurun, pasangan mata wang ini mempunyai zon sokongan yang kuat diantara tahap 1.0840-1.081 (Tahap rendah Mei). Aliran kenaikkan harga perlu diberikan perhatian - hanya di bawah tahap 1.0810 harga boleh diperbetulkan sehingga ke tahap 1.0585 dan 1.0224. Oleh itu, para pedagang boleh mengambil pesanan menjual di bawah 1.081 ke arah tahap 1.0702, 1.0561, 1.0585, 1.0470, 1.0450, 1.0224, dan 1.01895. Untuk aliran menaik, sekiranya pasangan mata wang ini berjaya menembsui di atas 1.1007, maka harga berkemungkinan akan melonjak naik hingga mencecah ke tahap 1.1224 dan 1.1673. Petunjuk momentum bergerak ke arah tahap tinggi sebelum ini, oleh itu masih terdapat sedikit kekuatan bagi harga bergerak menuju ke arah tahap sasaran menaik yang baik.
Untuk dagangan jangka masa sederhana dan jangka masa pendek, pasangan mata wang ini kelihatan melemah di bawah tahap 1.081. Para pedagang boleh mengambil pesanan menjual hanya di bawah 1.0810 dan mensasarkan ke tahap 1.0702. RSI mingguan memihak kepada pesanan menjual sewaktu aliran menaik untuk dagangan jangka masa sederhana. Aliran menaik akan memperoleh kekuatan di atas tahap 1.0932 (SMA 50 hari). Penutupan haraian adalah di atas SMA 50 hari (garisan merah). Aliran kenaikkan harga ini berpotensi untuk membawa pasangan ini bergerak menuju ke arah tahap 1.0960, 1.1 dan 1.1030. Pasangan mata wang ini telah ditolak untuk menutup di atas SMA 50 hari sejak enam hari yang lalu. Sehingga pasangan ini berjaya menembusi di atas SMA 50 hari, maka harga berkemungkinan akan mengalami pembetulan kenaikkan harga hingga ke tahap 1.0823 dan 1.081 (pengakhiran yang lebih rendah daripada corak menurun)
Untuk urusniaga harian, para pedagang boleh mengambil pesanan menjual di bawah tahap 1.0890 dengan menetapkan asaran pada tahap 1.0876, 1.0854, 1.0840 dan 1.0820. Bagi aliran menaik, pasangan mata wang ini dilihat mempunyai jalan yang sukar pada tahap 1.0904, 1.0911 dan 1.0921.